• Blog Baru SK. Kionsom Inanam

    Sekolah Kebangsaan Kionsom mempunyai hasrat seperti berikut : Menyediakan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif; Menjalankan pengajaran dan pembelajaran terancang yang berkesan; Menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran; Membudayakan keperibadian mulia di kalangan pelajar sebagai asas untuk membina insan bersepadu dan harmonis; Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum yang berterusan mengikut kebolehan dan potensi pelajar.

  • Sukan Tahunan SK. Kionsom Inanam

    Kejohanan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam Sabah pada tahun ini telah pun dimenangi oleh Rumah Kuning di bawah pimpinan Cikgu Bernadette. Di bantu oleh guru-guru rumah seperti cikgu Javb, cikgu Mazlan, ustazah Zaiton, cikgu Mailin dan lain-lain lagi. Syabas dan tahniah kepada rumah kuning di atas keringat atlit yang berusaha bersungguh untuk mendapatkan kejuaraan pada tahun ini. Paling manis lagi, olahragawati 2011 juga di sandang oleh Florence Tika Jubi dari rumah Kuning. Kemenangan berganda buat rumah kuning.

  • Sambutan Maulidur Rasul SK. Kionsom Inanam

    Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

  • Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan SK. Kionsom Inanam

    Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

  • Usaha Hingga Jaya Pelajar Tahun 6 SK. Kionsom Inanam

    UPSR adalah program pengujian yang ditadbir secara berpusat untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah. Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains

  • Carrie Junior Menceriakan SK. Kionsom Inanam

    Baru-baru ini Carrie Junior telah datang ke sekolah untuk memberi sedikit gambar tentang cara menjaga kebersihan diri murid-murid. Oleh itu, Carrie Junior membuat persembahan dengan membawa murid-murid tahap 1 ikut serta dalam persembahan mereka dan sedikit ceramah tentang kebersihan diri. Terima kasih Carrie Junior.

03 April, 2019

 
 
 

06 July, 2015

Blog Rasmi Sekolah Berwajah Baru

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 10:48:00 am 2 komen



Sekolah Kebangsaan Kionsom mempunyai hasrat seperti berikut :
  • Menyediakan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif;
  • Menjalankan pengajaran dan pembelajaran terancang yang berkesan;
  • Menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
  • Membudayakan keperibadian mulia di kalangan pelajar sebagai asas untuk membina insan bersepadu dan harmonis;
  • Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum yang berterusan mengikut kebolehan dan potensi pelajar.

05 July, 2015

Carrie Junior Datang Ke Sekolah

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 2:12:00 pm Tiada Komen dikirim

Baru-baru ini Carrie Junior telah datang ke sekolah untuk memberi sedikit gambar tentang cara menjaga kebersihan diri murid-murid. Oleh itu, Carrie Junior membuat persembahan dengan membawa murid-murid tahap 1 ikut serta dalam persembahan mereka dan sedikit ceramah tentang kebersihan diri. Terima kasih Carrie Junior.



05 November, 2013

Tarian Sumazau Beramai-ramai

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:31:00 pm Tiada Komen dikirim
Sempena menunggu keputusan pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah oleh murid-murid SK Kionsom Inanam. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.



04 November, 2013

Tarian Magunatip

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:28:00 pm Tiada Komen dikirim
Kelab Skim Pinjaman Buku Teks SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.




03 November, 2013

Tarian Sazau

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:25:00 pm 1 komen dikirim
Persatuan Matematik SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Sazau Papar merupakan tarian bagi suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di Daerah Papar. Pada peringkat awalnya, fungsi tarian ini adalah sebagai upacara "Madsuwau" iaitu bertujuan untuk pemujaan terhadap "Dapu" atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang harus dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak akan mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya. Kelalaian si pemilik Dapu untuk melaksanakan upacara ini akan mengakibatkan si pemilik jatuh sakit dan hanya boleh disembuhkan dengan mengadakan upacara Madsuwau.



02 November, 2013

Tarian Adai-Adai

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:21:00 pm Tiada Komen dikirim
Persatuan Bahasa Inggeris SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Adai-adai merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi. Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian Zapin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.




01 November, 2013

Tarian Daling-Daling

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:18:00 pm 2 komen
Persatuan Sains SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Daling-daling merupakan tarian traditional bagi suku kaum Βajau dan Ѕuluk juga amat terkenal. Tarian Daling-daling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian Daling-daling ini.



  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube